(ketika tanganku menaip di papan kekunci untuk menulis idea yang hadir di minda disinilah hadirnya cerita-cerita historyofmylifeat.blogspot.com yang akan membuatkan semua gembira)

Sabtu, 19 Februari 2011

ADAM VS HAWA bab 1

'kak Leyya, cepatlah.. kita dah lambat ni..' kata Afiq separuh menjerit.
'kejap wahai adikku sayang..' kataku apabila sampai di depan pintu. setiap pagi, aku ditugaskan menghantar adik kesayanganku ini ke sekolah.
sebelum masuk ke kawasan sekolah, aku akan berjumpa dengan kekasihku, Amir. time tu, aku di tingkatan 1 tapi dah pandai bercinta. aku sayang sangat dekat amir ni, walaupun time tu dia baru je habis sekolah. argh,, bila dikenangkan sejarah ni, aku rasa sakit sangat. kerana cinta, nma keluargaku tercemar.
sekarang aku di bawahPusat Pemulihan Akhlak. dah 4 tahun aku disini. sepatutnya, aku sudah keluar 2 tahun yang lalu. keluargaku yang menyuruh bahawa aku tinggal disini sehingga aku habis sekolah.. aku ikut, sebab aku taknak ibu dan ayahku terus membenci aku..
setiap kali cuti, aku akan pulang ke kampung halaman, di melaka, untuk berjumpa dengan keluargaku yang sangat aku rindu.
sejak kejadian itu, keluargaku mula menjauhi aku dan mensisihkan aku. ibu dan ayah? mereka tidak pernah bercakap denganku selepas kejadian itu. mereka semua membenci aku atas kesilapanku sendiri. aku cuba membuatkan mereka tidak membenciku, tetapi apakan daya. mereka masih tetap sama..
bila time cuti sekolah sahaja, aku akan duduk di asrama, kerna itulah yang terbaik buatku dan keluargaku. aku cuba mendapatkan kasih sayang keluargaku semula dengan pencapaian SPMku. aku bukannya pandai sangat seperti abangku dan adikku. tetapi aku berusaha untuk membuat yang terbaik.
akhirnya, aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. aku pulang ke rumah. bila aku sampai sahaja di kawasan rumahku. hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaanku masa itu. keluargaku sudah berpindah ke rumah baru tanpa pengetahuan aku. aku hanya berserah kepada ALLAH. aku tidak tahu arah tuju aku. persoalan yang bermain-main di fikiranku, dimana keluargaku? dan dimana harus aku tinggal?
aku bertanya kepada jiranku, adakah dia tahu dimana keluargaku pindah. tetapi hampa, jiranku buat endah tak endah sahaja. aku keluar dari kampungku dengan hati yang sedih.

2 ulasan:

  1. nak coment ape erk??
    citer nie dh tau dah...
    xpe lah..
    tros kan lah usaha anda..
    hehe

    BalasPadam